CeTMA Berjaya Menembusi Pasaran Indonesia



CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing Measurement and Appraisal (CeTMA) telah berjaya menembusi pasaran Indonesia melalui Program Kerjasama Berimpak Tinggi antara pihak CeTMA dengan Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dan Universitas Tarumanagara (UNTAR), Jakarta, Indonesia pada 20 - 21 Disember 2011. Program ini merupakan salah satu  program rentetan daripada MOU yang telah dimeterai  di antara UUM dan universiti-universiti di Jakarta pada 23 Julai 2011. Dr. Suzilah Ismail iaitu Ketua Jabatan Matematik dan Statistik di Kolej Sastera dan Sains (CAS) diiringi Dr. Ari Warokka iaitu pensyarah kanan Kolej Perniagaan (COB) telah mewakili CeTMA bagi memenuhi jemputan tersebut. Beliau yang juga merupakan perunding Statistical Consulting Unit (SCU) di CeTMA telah mengendalikan Bengkel Instrument Development & Exploratory Data Analysis di UNJ pada 20 Disember 2011 dan di UNTAR pada 21 Disember 2011. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada penggunaan kaedah statistik yang betul kepada peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar tahun akhir di kedua-dua universiti tersebut. Bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut. Pihak UNJ dan UNTAR bercadang untuk meneruskan usahasama seperti ini bagi mengadakan bengkel statistik serta penyelidikan bersama dan perundingan pada masa akan datang. Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini.

Habis.  

No comments:

Post a Comment