CeTMA anjur Bengkel Statistik dalam Penyelidikan di Akademi Kastam Malaysia (AKMAL), Langkawi



CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing, Measurement and Appraisal (CeTMA) dengan kerjasama AKMAL Melaka telah berjaya menganjurkan Bengkel Statistik Dalam Penyelidikan di Akademi Kastam DiRaja Malaysia (AKMAL) Langkawi, Kedah pada 26 Julai 2011-29 Julai 2011 yang lalu.

Bengkel Siri Pertama tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi ilmu kepada peserta berkenaan kaedah statistik dalam penyelidikan.

Peserta bengkel ini ialah pensyarah AKMAL, pegawai Kastam serta pelajar Kastam yang terpilih untuk bengkel perkembangan ilmu ini. Seramai 30 orang peserta daripada AKMAL termasuk Pengarah AKMAL iaitu Dato' Hj. Mohd. Sobre Ishak telah menghadiri bengkel ini.

Pengarah CeTMA, Prof. Madya Dr. Bidin Yatim telah memulakan bengkel dengan memperkenalkan proses penyelidikan serta mengaitkan peranan statistik dalam penyelidikan kepada para peserta pada hari pertama. Bengkel seterusnya telah dikendalikan oleh Dr. Suzilah Ismail (CAS) bagi mendedahkan peserta kepada tajuk berkaitan Jenis Data, Exploring Data dan pengenalan kepada pengujian hipotesis. Prof. Madya Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya (CAS), pada hari ketiga membincangkan tajuk Inferential Statistik diikuti oleh Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin (CAS) yang mendedahkan peserta kepada Exploring Factor Analysis pada hari terakhir. Fasilitator telah memberi input dan pengisian yang berguna dengan penyampaian yang menarik kepada para peserta.

Bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut.

Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.

Habis.

No comments:

Post a Comment