CeTMA-UUM
ONLINE: Center for Testing, Measurement & Appraisal (CeTMA) dengan
kerjasama Kumpulan LEADS yang diketuai oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad telah
menganjurkan Bengkel Factor Analysis & Introduction to Structural Equation
Modeling (SEM) pada 6 & 7 Julai 2011 di Hotel Bustani, Jitra, Kedah.
Fasilitator bengkel ini
merupakan Pengarah CeTMA sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Bidin Yatim. Bengkel ini terbahagi
kepada 2 slot iaitu Slot 1:Analisis Faktor pada 6 Julai 2011 dan
Slot 2: Pengenalan Kepada SEM pada 7 Julai 2011. Menerusi kedua-dua slot ini,
setiap peserta diberi latihan hands on menggunakan perisian SPSS dan
AMOS.
Peserta terdiri
daripada pensyarah, tutor dan pelajar pasca siswazah daripada UUM. Sasaran utama
merupakan ahli kumpulan LEADS yang ditunjangi oleh Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad.
Seramai 41 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya pada
hari pertama, manakala pada hari kedua seramai 34 orang peserta.
Secara umumnya,
bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata
para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut.
Pihak CeTMA berharap
para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini.
Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.
Habis.