CeTMA berjaya memperolehi Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bernilai RM580,000.00


29 SEPTEMBER 2011 / 1 Zulkaedah 1432H
=================================

“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
             (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing, Measurement & Appraisal (CeTMA) telah berjaya memperolehi Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) yang ditawarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BP&P), Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM580,000.00 bagi membiayai Kajian Pembinaan Instrumen Functional Graduate Index (FGI). Kajian ini diketuai oleh Prof. Dr. Rosna Awang Hashim (TNC A&A),     Prof. Madya Dr. Bidin Yatim (Pengarah CeTMA), Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin (CAS), Dr. Lim Hock Eam (CAS), Dr. Haniza Yon (Pusat Psikometrik MIMOS), Prof. Madya Dr. Ainol Mardziah Zubairi (UIAM) dan Prof. Dato.’ Dr. Omar Osman (USM). Temphon penyelidikan ini bermula 15 Ogos 2011 sehingga 31 Disember 2012.

FGI (Functional Graduate Index) ialah suatu instrumen pengukuran kajian yang akan dibangunkan hasil gabungan kedua-dua kaji selidik yang telah dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) iaitu Kajian Pengesanan Graduan Susulan SKPG 2009/2010 (Tracer Study) dan My3S. Instrumen FGI ini akan mampu untuk membina profiling graduan serta dapat menganggar samada seseorang graduan itu boleh mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat belajar dan juga kecenderungan bidang pekerjaan yang sesuai diceburi oleh setiap graduan.
Objektif kajian ialah untuk menganggar FGI seseorang graduan dengan membina statistical profiling menggunakan Cox Proportional Hazard iaitu model bagi graduan berkebolehpasaran tinggi dan berkebolehpasaran rendah. Seterusnya penerokaan determinan tambahan bagi kebolehpasaran graduan daripada sumber alternatif dan pembentukan instrumen Situational Judgement Test (SJT) akan dibangunkan bagi memilih set data yang paling sesuai bagi menghasilkan model terbaik.  Hasil daripada pengukuran FGI ini boleh diautomasikan kedalam perisian komputer dan perisian tersebut boleh dipatenkan. Perisian ini diharapkan akan dapat membantu pegawai di KPTM atau IPT dalam melakukan pemantauan dan penambahbaikan berterusan terhadap program dan strategi pembangunan holistik pelajar.
Dengan adanya penyelidikan sebegini dapat menerapkan budaya penyelidikan yang "Valid & Reliable”. CeTMA mengucapkan tahniah kepda semua penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan ini.

TAMAT