CeTMA-UUM: CeTMA Anjur Bengkel “Exploratory Data Analysis (EDA) Approach”


Picture1.png


Center for Testing, Measurement and Appraisal (CeTMA) telah berjaya menganjurkan Bengkel “Exploratory Data Analysis (EDA) Approach” di Makmal FPA, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 22 Februari 2011 baru-baru ini.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan dan berkongsi ilmu kepada peserta berkenaan kaedah menganalisa data menggunakan pelbagai teknik statistik grafik. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pensyarah, tutor dan pelajar pasca siswazah daripada UUM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kedah dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya.

Fasilitator bengkel, Dr. Suzilah Ismail, pensyarah kanan Kolej Sastera dan Sains (CAS) telah berjaya memberi input dan pengisian yang berguna dengan penyampaian yang menarik kepada para peserta.

Antara tajuk sesi bagi bengkel ini ialah Introduction to EDA, EDA Techniques dan EDA Assumptions and Case Studies.

Bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut.

Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.