CeTMA berjaya memperolehi Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bernilai RM580,000.00


29 SEPTEMBER 2011 / 1 Zulkaedah 1432H
=================================

“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
             (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing, Measurement & Appraisal (CeTMA) telah berjaya memperolehi Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) yang ditawarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BP&P), Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM580,000.00 bagi membiayai Kajian Pembinaan Instrumen Functional Graduate Index (FGI). Kajian ini diketuai oleh Prof. Dr. Rosna Awang Hashim (TNC A&A),     Prof. Madya Dr. Bidin Yatim (Pengarah CeTMA), Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin (CAS), Dr. Lim Hock Eam (CAS), Dr. Haniza Yon (Pusat Psikometrik MIMOS), Prof. Madya Dr. Ainol Mardziah Zubairi (UIAM) dan Prof. Dato.’ Dr. Omar Osman (USM). Temphon penyelidikan ini bermula 15 Ogos 2011 sehingga 31 Disember 2012.

FGI (Functional Graduate Index) ialah suatu instrumen pengukuran kajian yang akan dibangunkan hasil gabungan kedua-dua kaji selidik yang telah dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) iaitu Kajian Pengesanan Graduan Susulan SKPG 2009/2010 (Tracer Study) dan My3S. Instrumen FGI ini akan mampu untuk membina profiling graduan serta dapat menganggar samada seseorang graduan itu boleh mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat belajar dan juga kecenderungan bidang pekerjaan yang sesuai diceburi oleh setiap graduan.
Objektif kajian ialah untuk menganggar FGI seseorang graduan dengan membina statistical profiling menggunakan Cox Proportional Hazard iaitu model bagi graduan berkebolehpasaran tinggi dan berkebolehpasaran rendah. Seterusnya penerokaan determinan tambahan bagi kebolehpasaran graduan daripada sumber alternatif dan pembentukan instrumen Situational Judgement Test (SJT) akan dibangunkan bagi memilih set data yang paling sesuai bagi menghasilkan model terbaik.  Hasil daripada pengukuran FGI ini boleh diautomasikan kedalam perisian komputer dan perisian tersebut boleh dipatenkan. Perisian ini diharapkan akan dapat membantu pegawai di KPTM atau IPT dalam melakukan pemantauan dan penambahbaikan berterusan terhadap program dan strategi pembangunan holistik pelajar.
Dengan adanya penyelidikan sebegini dapat menerapkan budaya penyelidikan yang "Valid & Reliable”. CeTMA mengucapkan tahniah kepda semua penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan ini.

TAMAT

CeTMA anjur Factor Analysis and Structural Equation Modeling

FA & SEM.png


CeTMA-UUM ONLINE: Center for Testing, Measurement & Appraisal (CeTMA) dengan kerjasama Kumpulan LEADS yang diketuai oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad telah menganjurkan Bengkel Factor Analysis & Introduction to Structural Equation Modeling (SEM) pada 6 & 7 Julai 2011 di Hotel Bustani, Jitra, Kedah.

Fasilitator bengkel ini merupakan Pengarah CeTMA sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Bidin Yatim. Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot iaitu Slot 1:Analisis Faktor pada 6 Julai 2011 dan Slot 2: Pengenalan Kepada SEM pada  7 Julai 2011. Menerusi kedua-dua slot ini, setiap peserta diberi latihan hands on menggunakan perisian SPSS dan AMOS.

Peserta terdiri daripada pensyarah, tutor dan pelajar pasca siswazah daripada UUM. Sasaran utama merupakan ahli kumpulan LEADS yang ditunjangi oleh Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad. Seramai 41 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya pada hari pertama, manakala pada hari kedua seramai 34 orang peserta.  

Secara umumnya, bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut. Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.

Habis.

CeTMA-UUM: CeTMA Anjur Bengkel “Exploratory Data Analysis (EDA) Approach”


Picture1.png


Center for Testing, Measurement and Appraisal (CeTMA) telah berjaya menganjurkan Bengkel “Exploratory Data Analysis (EDA) Approach” di Makmal FPA, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 22 Februari 2011 baru-baru ini.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan dan berkongsi ilmu kepada peserta berkenaan kaedah menganalisa data menggunakan pelbagai teknik statistik grafik. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pensyarah, tutor dan pelajar pasca siswazah daripada UUM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kedah dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya.

Fasilitator bengkel, Dr. Suzilah Ismail, pensyarah kanan Kolej Sastera dan Sains (CAS) telah berjaya memberi input dan pengisian yang berguna dengan penyampaian yang menarik kepada para peserta.

Antara tajuk sesi bagi bengkel ini ialah Introduction to EDA, EDA Techniques dan EDA Assumptions and Case Studies.

Bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut.

Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.

CeTMA Anjur “Instrument Development Workshop”






Center for Testing, Measurement and Appraisal (CeTMA) telah Berjaya menganjurkan “Instrument Development Workshop di Bilik Bengkel A, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 12 Januari 2011 baru-baru ini.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan dan berkongsi ilmu kepada peserta berkenaan kaedah pembentukan instrumen dengan betul.

Seramai 29 orang peserta terdiri daripada pensyarah, tutor dan pelajar pasca siswazah UUM, dan pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mergong telah mengikuti bengkel tersebut dengan jayanya.

Fasilitator bengkel, Dr. Suzilah Ismail, pensyarah kanan Kolej Sastera dan Sains (CAS) telah berjaya memberi input dan pengisian yang berguna dengan penyampaian yang menarik kepada para peserta.

Antara tajuk sesi bagi bengkel ini ialah Overview of Instrument Development; Instrument and Measurement; dan Criteria of Good Measurement.

Bengkel ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya dan rata-rata para peserta juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut.

Satu bengkel susulan bakal diadakan pada 22 Februari 2011 yang bertajuk ”Exploring Your Data: Using Exploratory Data Analysis (EDA) Approach”. Bengkel ini juga akan dikendalikan oleh Dr. Suzilah Ismail.

Pihak CeTMA berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak CeTMA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program tersebut dianjurkan.

CeTMA Anjur Seminar Kebangsaan Transformasi Pendidikan Teknikal (MyTEDT10)






Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal (MyTEDT10’) telah diadakan dengan jayanya pada 3 dan 4 November 2010 di Hotel Emerald Puteri Sungai Petani, Kedah. Seminar ini dianjur oleh Center for Testing, Measurement & Appraisal (CeTMA) dengan kerjasama Pusat Pengajian dan Pembangunan Politeknik (4P) di Jabatan Pengajian Politeknik.
Seminar dihadiri lebih 70 orang peserta dan pembentang daripada Politeknik dan Institusi Pendidikan di seluruh Malaysia. MyTeDT10’ dirasmikan oleh En. Amir Md. Noor iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) di Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian
Sebanyak 39 kertas kerja yang menyentuh tema Transformasi Pendidikan Teknikal telah dibentangkan pada seminar MyTEDT10’ yang melibatkan hampir 80 orang penulis dari politeknik, kolej komuniti dan universiti tempatan.
Isu yang disentuh dalam kertas kerja yang dibentangkan merangkumi aspek kualiti dan pembinaan kapasiti, pengintegrasian ICT dalam pendidikan, penyelidikan pendidikan, kepimpinan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta keusahawanan.

Seminar ini merupakan manifestasi daripada hubungan kerjasama erat di antara Jabatan Pengajian Politeknik melalui Pusat Pengajian dan Pembangunan Politeknik (4P) dan UUM melalui CeTMA. Kerjasama ini telah bermula sejak daripada tahun 2008, apabila CeTMA ditubuhkan, melalui Bengkel Kaedah Penyelidikan, Kursus Analisis Data, Kolokium Penyelidikan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah serta penglibatan CeTMA dalam Bengkel Needs Analysis yang telah dilaksanakan dengan kerjasama 4P.

MyTEDT10’ telah menjadi platform kepada ahli akademik, penyelidik, golongan profesional, pentadbir, pemimpin pendidikan, dan penggubal polisi untuk berforum, berbincang dan menjadikannya sebagai jaringan untuk melihat sama ada perubahan yang sedang dirancang bagi mencapai matlamat negara maju benar-benar berfokus, berinovasi dan terjamin keberkesanannya.

MyTEDT10’ dapat membantu proses pembaharuan dan penambahbaikan dalam P&P, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, dan memupuk budaya penyelidikan dan penerbitan dalam usaha mempercepatkan proses transformasi pendidikan teknikal yang seterusnya berupaya melahirkan modal insan berkualiti dan berinovatif.

Di samping itu, MyTEDT10’ juga berjaya menyediakan platform bagi menyalurkan produk penyelidikan dan penulisan yang diusahakan oleh PPPP sejak beberapa tahun yang lalu.  Hasil daripada seminar ini, CeTMA akan mengeluarkan Jurnal Transformasi Pendidikan Teknikal Jilid 1 (2010) yang akan mengandungi artikel terpilih daripada kertas kerja yang dibentangkan sepanjang seminar berlangsung sebelum akhir tahun ini.

Pengarah CeTMA selaku pengerusi MyTEDT10’ iaitu Prof. Madya Dr. Bidin Yatim dalam ucapan penutup beliau telah mengumumkan penganjuran MyTEDT 2011 yang akan diadakan pada pertengahan tahun 2011. Menurut beliau, seminar MyTEDT 2011 ini akan bertemakan “Melahir Modal Insan Berkualiti Dan Berinovatif” yang akan membincangkan isu berkaitan (1) Pembangunan Kurikulum (2) Penyampaian Pembelajaran (3) Sistem Penaksiran dan Penilaian  dan (4) Keusahawanan. Diharapkan dengan penganjuran pertama seminar ini dapat membawa kejayaan lebih kepada CeTMA pada masa akan datang. 

Habis.